Tenangnya hidup bila kita bersama Allah

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

Kerana aku sayang kamu..


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

saeng-il chugha haeyo farhana

assalammualaikum..
semalam bufday farhana!
weeee~...
dah besar dh farhana ni..
dh boleh jd isteri org dh..hehehehe
farhana,


walaupun kite dh buat ucapan bday dkat fb..
kte nk buat lagi sekli dkat blog..
hehehe..
farhana yang aku kenal waktu first2 dulu
waktu form 1...wktu tu semua org tgh belajar..
tibe2 ade seorg pelajar perempuan dgn parent
dtg ke kelas...
kemudian selepas dia masuk ke kelas...
atiqah salimi kate tu farhana...satu sekolah dulu dgn aku...
waktu form 1..aku rasekn yg farhana ni seorang yg agk pendiam...
tp sebenarnya dia amat happy go lucky..
best kawan dgn farhana...
farhana yg pandai bergaya..and also is a hygiene person..
and also frugal person..
bila aku tgk baju die..sume lawa2...
tgk cara jln pun cermat...
hehehe...
sape yg kenal die mule2 mmg akn expect yg farhana is withdrawn person..
lepas kenal farhana..
hambik kau...mmg bestla..
die pun layan org punye gile2..
die pun skali gile2...
tapi ade mase die akn bertegas...
yg paling aku x tahan tu..bile aku tgk die bukak mknn depan aku..aku x mintak pun..tp die kate..
''syitah....ambik jela....xyah tgk2..kte dh tahu''
hahaha....
tapi aku x berani nk ambik byk2...
ayat aku biasela bila org tu dh bagi kat aku..
mulala aku punye dialog
''xpeke nie..kmu x kisahke??''
kan2...

sampai org naik rimas dgar..
keh2..
lepastu...
aku paling suke tgk farhana senyum dan gelak..
bile die start buat cmtue,..
aku rase xkekok nk teruskn perbualan..
hehehe..klo die diam..
aku akn kekok..
ha lagi satu farhana ni suke tangkap gambar...
maksud aku...bukan die yg tangkap ..
tp die ditangkap..
mmg nice...
lagi satu..aku igt lagi..
bila cikgu math bg homework...
on the spot die buat dlm class..
die suke math..
bile cikgu x masuk...
aku tgk die buat homework..
aku pun suke nk buat homework math..
...
best sgt2 ade sahabat seperti farhana...



nah ni keknye....
hehehe..dh siap dipotong utk farhana..
papepown farhana...
saeng-il chugha haeyo..


ni sedikit puisi..



Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.

Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...
sekian...
assalammualaikum...








sahabat selamanya

assalammualaikum..
nk cerite ni..
tadi waktu solat..aku terpndg dkat cermin..
ade satu gambar yg mnarik minat aku..
dan gambar tu membuatkan aku flashback sekejap..
flashback yg sekejap tu mmbuatkn aku tergelak sorg2..
nk tgk x gambar tu..


tadaaaaa....
nila gambarnye...ni gambar aku dan syazwani waktu dajah 6..
biaselah comot2 dulu...
skrg ni dh mkin pndai menjaga penampilan diri..hehe
rindunyee waktu ni...
syazwani dan aku dulu satu sekolah rendah..dan satu sekolah menengah...
segale masalah ke rahsia ke...we share it..
perasaan nk selindung tu x de lgsg...
wani pemberi semangat kepadaku..
wani ajar aku waktu esoknye nk exam bio..
waktu tu aku mcm blur..xdpt nk study ape...tp die pembgkit semngatku balik
n also addmath..ni spm ni
aku mnx tlg die ajar last2 minute..
die x penah ckp belajarla sendiri...
die seorang yg pemurah ilmunye..
wani penah ckp..
''syitah..kite sk rendah same,menengah pun same..apekate u pun same nk?''
dgn tnpe ragu2nye..aku pun jwb
''jom2..hehehe''
lepas spm...dpt result...
wani kate...''syitah nape letak usim no1..
letakla um..''
''nnti dpt u yg same''...
aikk mcm mne wani leh tawu ni...
rupenye wani tlg cek..waktu tu aku tgh dlm kebingungan..
bile die cekkn utk aku..
die bg semangat utk aku...
waktu tu semngat aku naik balik..
walaupun aku x dpt um...
tp x pe...semangat tu masih ade..
wanie amat caring..
waktu wani nangis..bile die cerite prob die..
ak pun join nangis....huhu
terase prob tu yg berlaku kat diriku...
air mate boomly dropped...
huuu....sygg wani fiddunia wal akhirah..
uhubukilillahitaala...
even skrg ni..
u kami lain...tetapi..
kami..
sahabat selamanya...

dan juga sahabat astri yg lain..walaupun kite berade di tempat yg berlainan..tetapi we are frens forever n ever...
uhubukillillahitaala..
:fazira,farhana,miza,nad,liyana,mai,ainnur,shikin,kinah,asma,fiqah,aisyah,adah...
illaliqok...

Iktibar daripada sebatang pensel


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis
"Apa ibu sedang tulis?Ibu menulis tentang siapa?Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini".
"Apa yang istimewa tentang pensel ini ibu?"tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini.Walaupun sebatang pensel,ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.Mahu tahu??"
"ya bu.."
Pertama
-pensil ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa,ibarat pensel ada tangan yang memegangnya. Maka,ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing  langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNYA.

Kedua
ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul.Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya.Pensel ini pasti menderita ketika diraut,tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu.Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga
pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah.Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan itu semula.Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup.Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.


Keempat
tahukah anak ibu mana yang lebih penting;luar atau isi pensil ini?Sudah tentu arang itu atau isi pensil ini?Sudah tentu arang atau karbon di dalam.Oleh itu,berhati hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.


Kelima
pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu,apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain.Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.


Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif.Wahai ibu bapa,jangan berputus asa.Apa sahaja kata kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak(walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan)pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.Ulang,ulangkanlah!






solat diakhir waktu....


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang
Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya “free” Sekatan tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..
Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.


Ameenn.